Registration Open Fun Run & Community
Siri Larian Berprestasi Tinggi
LARIAN RAKYAT ROMPIN
LARIAN RAKYAT ROMPIN
kembali memeriahkan komuniti di Rompin, Pahang! Ayuh sarungkan kasut larian anda dan rasai pengalaman larian santai berjarak 5KM bersama keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat dari seluruh negeri.
- Tarikh: 6 Disember 2026 (Sabtu – Ahad)
- Lokasi: Tapak Pasar Malam Teluk Gading, Rompin, Pahang
- Kategori: Fun Run 5KM (Terbuka kepada semua)
Daftar awal sebelum slot penuh! Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi acara.
Pengambilan Kit Larian (Race Kit Distribution)
Para peserta dikehendaki mengambil kit larian masing-masing mengikut ketetapan berikut:
- Tarikh: 6 Disember 2026 (Sabtu)
- Masa: 08:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
- Tempat: Tapak Pasar Malam Teluk Gading, Rompin, Pahang
- Keperluan: Sila bawa bersama pengesahan tiket pendaftaran (kod QR atau resit rasmi) serta kad pengenalan untuk tujuan pengesahan identiti di kaunter urus setia.
Nota Penting: Kit larian hendaklah dituntut pada tarikh, masa, dan lokasi yang telah ditetapkan sahaja. Sekiranya peserta gagal hadir menuntut kit larian pada waktu tersebut dan memohon agar kit larian dihantar melalui perkhidmatan pengeposan (postage), peserta akan dikenakan caj pengeposan yang tertakluk pada kadar semasa syarikat kurier.
Pengenalan & Matlamat Acara
Larian Rakyat Pahang 1st D’Sawah dianjurkan sebagai platform penyatuan komuniti dan gaya hidup aktif yang terbuka kepada pelari kelab, peminat kecergasan serta orang awam. Acara berskala peringkat negeri ini menghimpunkan peserta dari pelbagai daerah untuk meraikan semangat kesukanan dalam suasana yang mesra keluarga dan penuh tenaga.
Dengan dukungan sistem pencatatan masa digital serta penganjuran yang tersusun, peserta dapat menikmati pengalaman larian 5KM yang menyeronokkan, selamat dan bermakna dari garisan permulaan hingga ke penamat.
Peringkat Negeri
Menghimpunkan peserta dari seluruh daerah.
Masa Catatan Rasmi
Sistem pencatatan masa digital untuk setiap peserta.
Penyertaan Komuniti
Terbuka kepada pelari kelab dan orang awam.
- FUN RUN 5KM (T-SHIRT AND BIB NO ONLY) INCLUDING INSURANS Kelayakan: Dewasa & Kanak-kanak MYR 25.00 Open
- FUN RUN 5KM (T-SHIRT, BIB AND MEDAL) INCLUDING INSURANS Kelayakan: Dewasa & Kanak-kanak MYR 35.00 Open
Finisher Kit & Pakej Peserta
Jadual & Tentatif Perlumbaan
- 4:00 petang Ketibaan dan perhimpunan para peserta Zon Pelepasan
- 4:15 petang Sesi memanaskan badan (Warm-up / Senamrobik) & taklimat laluan Pentas Utama / Zon Pelepasan
- 4:30 petang Pelepasan Rasmi (Flag-off) Larian Rakyat Pahang 5KM Disempurnakan oleh Tetamu Kehormat
- 5:00 petang Ketibaan peserta pertama di garisan penamat & penyerahan pingat (Pakej B) Zon Penamat
- 6:00 petang Had masa tamat larian (Cut-off time) Semua peserta dijangka tiba di zon penamat